Friday, August 5, 2011

Jururawat daLam islam




Sejarah Islam jururawat professional yang pertama adalah Rufaidah binti Sa'ad al-Aslami dari kaum Khazraj.

Beliau adalah seorang shahabiah. Dia dilahir di Yathrib [nama awal kota Madinah] dan termasuk di dalam golongan yang pertama dari kaum Ansar yang memeluk Islam.

Ayahnya seorang tabib (doktor), dan dia mempelajari ilmu kejururawatan ketika bekerja membantu ayahnya.




Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayang nya telah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.

Rufaidah telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan.

Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan.

Beliaulah merupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan peperangan bagi membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera dan yang memerlukan bantuan pengubatan.






Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai markas untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.

Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..”

Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,
maka dikatakan: “Bawalah
dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang
terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,
beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda: “ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.”

Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW.

Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.
Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624
Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan
Islam sehingga ke hari ini.



Sejarah Islam juga mencatat beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah رضي الله عنها seperti : Ummu Ammara, Aminah, Ummu Aiman, Safiyah, Ummu Sulaim dan Hind.

Selain itu jururawat Islam yang terkenal adalah Ku'ayibah, Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah, Umm 'Atiyyah al Ansariyah, and Nusaibah binti Ka'ab al Maziniyyah, Rubayyi’ bt Muawwiz dan lain-lain.


Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale iaitu 1200 tahun lebih awal.




Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai
pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.Rufaidah atau Florence Nightingale?

Nilai Islam dalam Kejururawatan
“Pada masa dahulu seorang muslimah itu memainkan peranan dimedan jihad.Ia telah melakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa mashyur)

No comments:

Post a Comment